Apalah yang ada padaku?

Apalah yang ada padaku, Am?

Padamu ada keindahan..
Umpama lukisan alam;
Tenang, damai dan mempesonakan….
Kerana biarpun malam gelap,
Keindahan itu tidak akan malap

Apa lagi yang ada padaku?

Padamu ada ketenangan..
Umpama lautan biru;
Luas, sunyi dan mengalun….
Kerana biarpun tanggal siang,
Ketenangan itu dihiasi bintang-bintang

Lagi?

Padamu ada kedamaian..
Umpama sumur ladang;
Dingin, basah dan merimbun….
Kerana biarpun tumbuh rumput,
Kedamaian itu kan tetap berpuput lembut

Dan apa?

... dan padamu Tini ada KECINTAAN..
Umpama angin bayu;
Segar, leka dan mengasyikkan….
Kerana biarpun tak dapat disentuh tangan,
‘kecintaan’ itu tetap aku rasakan…

kalaulah kata2 ini dituju seorang Amli buat Hartini,
maka di hari itu aku benar2 jadi Hartini...

Busana luka


Ambilkan benang harapan
Jahitkan pada impian
Jangan biar bercarikan
Helaian penuh kenangan

Ambilkan bebutang cinta
Sematkan di uncang jiwa
Jangan biar bertaburan
Deraian kekecewaan

Ini busana luka
Pemakainya raja
Raja segala sengsara
Di mahligai air mata