Busana luka


Ambilkan benang harapan
Jahitkan pada impian
Jangan biar bercarikan
Helaian penuh kenangan

Ambilkan bebutang cinta
Sematkan di uncang jiwa
Jangan biar bertaburan
Deraian kekecewaan

Ini busana luka
Pemakainya raja
Raja segala sengsara
Di mahligai air mata

4 komentar:

Danielle_Corleone said...

:-)

Hartini Omar said...

lama kamu tak menyinggah, danielle.. sibukkah dengan aktiviti penulisan kamu tu? terima kasih kerana sudi menjenguk saya di lapangan seusang ini..

permatabonda said...

Subhanallah...atas bakat yang serba halus anugerah Allah buat insan berjiwa seni...seperti hartini.
Amat gemar saya menghayati hasil nukilan tini =).Teruskan berkarya...

Hartini Omar said...

permatabonda,
-terima kasih banyak. kata2 yg keluar dari mulutmu itu bagai minyak pembakar semangatku.. hehe.. thanks dadi