Mana?

Mana pimpinan tanganmu
Yang utuh mengenggam jemariku
Lalu aku kau bawa ke hilir
Yang kini termenung di hujung pasir

Mana senyum manismu
Yang indah menghias hariku
Lalu aku kau bawa ke awan
Yang kini terbiar di hujung jalan

Mana sumpah setiamu
Yang kukuh menongkat jiwaku
Lalu aku kau bawa ke syurga
Yang kini merintih di hujung senja

Apakah lagi yang mungkin hilang
Bila malam bertukar siang
Atau aku sendiri yang tercari-cari
Sebuah cinta yang dah lama mati...?

Hartini Omar
Cheras, Kuala Lumpur

2 komentar:

Water Lily said...

Salam

Masih mencari....semoga ketemu yang dicari :)

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Hartini,

"cinta datang dengan sifat-sifatnya, kelak ditemui jua" ...