
Menerjah batas
Gelora pun berserpihan
Menghempaskan buih di lautan
Acapkali tumpas
Masih jua menyusuri
Arus pergolakan.. Setianya
Begitulah adat mestinya hidup
Selagi jasad dan hayat berpaut
Rintangan harus bersahut
Benar kata
Jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa wanita di sisi
Mujur tuah nasib
Diri kita ketemui
Jikalaulah tidak
Mungkin tak ku sedari
Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sana, sini kekuatan
Masing-masing
Punyai bibit kelebihan
Supaya salimg memerlukan
Bertemu demi menyulam
Cahaya nurani dan akal fikiran
Naluri serta perasaan
Menyingkap erti tangisan
Dirimu, diriku bagaikan pelita
Yang memercikkan sinar
Menyuluhi malam
Lagu "erti pertemuan" nyanyian ning dan jayjay
8 komentar:
Lelaki dan wanita kejadian yang saling melengkapi tapi bukan memiliki.
kenapa bukan "memiliki", danielle?
bila sesuatu yg disyg, disuka jd milik kita, bukankah ia lebih bahagia??
Kita tak berhak memiliki, kita hanya berhak memberikan rasa sayang dan menerimanya.
lelaki berjaya kerana wanita...
lelaki rosak kerana wanita...
depends
hans,
seriously true..
Jika hari ini ada seorang lelaki yang berjaya,maka di sisinya ada seorang wanita yang menyiraminya dengan titisan cinta dan bakaran semangat - HAMKA
Saya ingat kata-kata Allahyarham Dr. HAMKA itu sedari tingkatan dua lagi.
Dan, kita akan sering bercanggah-canggahan dalam perkara yang tidak bisa dibuktikan secara saintifik.
sdr zamzuri,
itulah terjadi bila manusia mencari bukti dalam semua keadaan. andai tak dapat dibuktikan, maka akan kuranglah kepercayaan. begitu juga dengan perkara yg melibatkan tuhan dan penciptaan. 'tiada bukti saintifik' maka terpaksalah diketepikan..
terima kasih dtg menyinggah
Maaf, komen sdri mengambil masa terlalu lama untuk dibalas.
Tenggelamnya Kapal Van der Vijck paling cepat dibaca - seminggu. Hahaha. Kalau tak silap, bab ke-16 amat mengesankan apabila Abd. Muluk memberikan motivasi kepada Zainuddin. Kesan daripada pembacaan itu, saya tak pernah kecewa dgn perempuan.
Dalam 'Falsafah Hidup', HAMKA menyebut ada cinta lain selain cinta kepada manusia yg berlainan jantina - cinta kepada seluruh manusia.
Post a Comment