Beza kita


Sunyinya diri..
Dalam bising hiruk-pikuk kota
Dan bingit patah-patah suara
Sini sana insan bergelak tawa
Suka….!
Tanpa takut bayang-bayang malang
Tersorok celah-celah riang

Hiburnya diri..
Dalam sunyi keluh-kesah kalbu
Dan nafas esak-esak rayu
Sana sini insan beralun rintih
Sedih….!
Tanpa syukur sinar-sinar hikmah
Terselit celah-celah resah

Bila mereka melaung
Aku diam termenung
Jalan kita penuh beza
Himpunan dosa pahala
Lalu bila mereka tersenyum,
….. aku pohon restu ampun
Dan bila mereka sedih
….. aku sujud berterima kasih

Hartini Omar (17 july 08 @ 4.18pm)

2 komentar:

Danielle_Corleone said...

MASKARA. RUMAH PENA. 2 Ogos. 8.30 malam. Jom pegi. :-)

Hartini Omar said...

terima kasih danielle, namun takkan berkesempatan mungkin...