Nota biru-biru itu..


Nota biru-biru itu bukan milik aku..
Kerna aku cuma abdi pada alam
Tak dibayar keringat dengan wang
Tak dibalas khidmat dengan canang
Itu aku yang dalamnya penuh debu
Depan, belakang, kiri dan kananku
Menunggu hati-hati kian terpesong
Bagai mejan kaku berdiri condong

Nota biru-biru itu bukan milik aku..
Kerna aku cuma hamba pada cinta
Tak diganti jiwa dengan harta
Tak terlunas hutang noda dengan keping biru merah
Itu aku yang luarnya penuh warna
Sisi, tepi, atas dan bawah
Menanti khatimah sebuah juang
Bagai membanjir lembah yang kontang

Jauhkan aku dari nota biru-biru itu
Sebelum mata membuta mulut membisu
Itu bagai tinta melukis susah senang
Dalam kanvas ruang –
banyak : dijulang, sikit : dicurang
Biar diri menyerah pada akal
Sampai saat nyawa dijemput ajal

hartini Omar, 16 Julai 2008, 8.10mlm

2 komentar:

Danielle_Corleone said...

lama ya kamu tak menulis.

Hartini Omar said...

ya danielle,

bila tiada masa senggang, ilham saya juga kurang
-terima kasih kerana terus berdiri, walaupun tidak di sisi..